Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat tinggal 2009.

Selamat Tahun Baru 2010. Tahun 2009 tinggal kenangan... Tapi jadikan tahun tahun yang sudah sebagai panduan bagi kita melalui tahun baru dengan jayanya. Kita tak tau lagi samada langkah kita penuh berliku, onak duri, bersimpang siur mahupun umpama berenang di lautan api. Adakah kita akan berjaya meneruskan perjalanan sehingga titik terakhir di hujung tahun 2010 ini?
Jadi, kita berdoalah pada yang Maha Esa disamping berusaha dengan lebih gigih agar mencapai cita-cita yang dihajati. Rezeki takkan datang bergolek. Jangan berpegang kepada nasib sahaja. Tapi kalau sudah ditakdirkan oleh Nya, kita redha sahaja. Muhasabah diri, renungkan apa yang perlu diperbaiki. Kuatkan semangat dan jangan mudah putus asa.
Azam baru? Tak semestinya azam baru bertukar setiap tahun dan tak semestinya azam dimulakan tatkala menyambut tahun baru. Tak salah dan biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Jgn buat azam yg mustahil dicapai.. Nanti azam tinggal azam...hehehe. Apa-apa ajelah.
Ok..Selamat Tahun Baru 2010 semua.

Rabu, 30 Disember 2009

Percutian di Retreat Resort, Lundu



Cuti yang paling lama aku apply tahun ni…sampai tahun depan tau. Hehe.. So, aku tak sia-siakan utk luangkan bersama anak bini aku. Isnin lepas we all pegi Retreat Resort, Lundu. Percutian yang aku rasa paling menarik tahun ni.
Perjalanan yg memakan masa 1 jam 15 minit dari Batu Kawa (Rumah Kakak) yakni kira-kira 1 jam 45minit dari rumah aku kat Kota Samarahan. Merentasi pemandangan bukit bukau yg amat mempersonakan disepanjang perjalanan.
Lepas check in, we all rehat dulu. Agak panas terik masa tu (2.00 pm). Saifa memang tak sabar2 nak mandi swimming pool. Marah ada, merajuk pun ada si Saifa time tu. Lepas pujuk ok la..Hehee

Kira2 pukul 4 pm we all terus ke kwsn pantai. Fuyoo….!! Best sangat pemandangannya. Saifa takut mandi laut, dia nak mandi swimmping pool gak tau! Tak sah la ke pantai kalo tak mandi laut kan? Mula2 tu eksen je Saifa tu, then lama2 lama tak nak balik plak. Dia pulak yang lebih.. Selain mandi, kutip kulit siput, buah istana pasir (?) dan buat akrobatik skit.
Lama gak kami kat pantai tuh, dekat pukul 6pm kot kita gerak ke swimming pool. Suka tengok anak bini aku hepy sgt…

Sebenarnya perut belum isi lagi dari tengahari. Kita bertolak ke Pasar Lundu dlm pukul 8pm. Jalan2 cari makan. Tak biasa kat situ kita main redah je. Jumpa pun open air dlm 15 minit perjalanan dari resort. Kita order dan siap tapau utk bekalan mlm hari. Kat resort tu memang ada café, tp tau2 jela kan. Dia punya harga meletup.
Sampai bilik kita rehat je la. Kepenatan buat aksi2 akrobatik kat pantai tadi. (saje je aku tak upload byk2 aksi tu, riak nanti) Hehehe.. Saifa aktif lagi, maknya kena demam ckit. Aku plak online FB kejap. Terpaksa pakai hp guna kredit digi. Byk duit dia makan woo. Then sebelum tido, aku pelahap la mee yang aku tapau tadi

Keesokan…awal2 lagi aku dah ke pantai. Sorg je la, coz wife temankan saifa yg tengah dibuai mimpi. Sejam lebih gak aku ronda2, dari hujung pantai ke hujung pantai cehh. Air surut sgt. Ambil gambar masa terbit matahari..memang cantik. Mak oii, bateri weak la.

Breakfast disediakan. Apa lagi,ngap lah. Lepas tu we all ke Lundu dgn tujuan nak beli bateri camera. Nak kena pakai brand Panasonic gak. Leceh betul la…..Jumpa pun dia!!
Sempat la ambik gambar kat pekan Lundu yg baru pertama kali aku sampai. Rare woo kalo 20 tahun akan dtg. Tunjuk kat anak cucu, mana tau time tu Lundu dah jadi bandaraya. Insyaallah kalau panjang umur.

Jam dah dekat pukul 10, kena balik Resort pasal mesti check out sebelum pukul 12 tgahari. Rugi la kalo tak habiskan masa beriadah kat situ kan. Ambik gambar wajib! Buat kenangan….Insyaallah, kalo panjang umur kita akan pergi lagi. Mungkin dengan keluarga yg lebih besar….lagi best! Betul tak? Ok lah, ni je gamba yg aku sempat aku upload. Sebenarnya byk lagi ni..
Sampai kita berjumpa lagi..

Ahad, 27 Disember 2009

Cuti-cuti Malaysia

Dah lama sgt tak update blog ni... Apa apapun dah update dah ni. Aku tulis direct je ye, otak tengah jam. Haha....hantam sajalah labu.
sebenarnya aku dah pun bercuti 25 'dec. Byk lagi balance, jual n carry forward je ke tahun depan. So, aku ambik cuti sampai tahun depan... Cuti yang paling panjang aku apply tahun ni. Jgn jeles k. : )
3 hari dah berlalu aku bercuti. Banyak ke jln2 cari makan sekitar kuching nih. Krismas lepas, kita buat aktiviti sendiri je. Makan kat kedai member kat Bt. 7 (Bunda Cafe), Shopping ckit kat Wisma Seberkas sambil2 cuci mata.

Hehe...Semalam plak kita makan kat Hartz Chicken buffet, cari beg sekolah Saifa dan lepak kat Boulevard. Malam baru sampai rumah.


Sebelum tu, sebelah pagi aku hantar kereta kat worshop. kena allignment dia punya tayar dan reset sistem electronik enjin. Tokey workshop tu, sorg je yg kerja. Mekanik semua cuti Krismas. Kalo keta korang ada keluar isyarat spt dlm gambar di bwh ni, maksudnya enjin korg perlu direset la. Persediaan sebelum buat perjalanan jauh.



Hari ni je buat kerja2 rumah. Rilex hisap gam kata budak2 sekarang ni. Tapi jgn disalah ertikan ye.. Bukan hisap gam betul la. Hehehe, cuci kereta, kemas rumah dan sebagainya. Face Book? hari ni kureng ckit.
Besok, adalah plan yg ditunggu-tunggu kami sekeluarga. Bercuti kat Retreat Resort, Lundu. Awal pagi, register Saifa kat TASKI ABIM (masuk tahun ke-2) dulu. Then singgah opis kejap hantar documen kerja (malam ni baru buat) sebelum menuju ke destinasi percutian tu.
Ni 1st time kita pergi ke sana. Harap tak sesat dan semuanya berjalan lancar. Saifa n wife, semangat habis..tengah berkemas lagi nih.
Wokeh.. Nanti aku upload gambar kat sana ya. Tak lupa juga nak ucapkan Selamat bercuti kepada kawan2 yang bercuti. Sala'am...


Selasa, 22 Disember 2009

Stok Gula 2009


Apasal plak stok utk 2009?? Hehhe, nak tau stok gula utk this last year aku dah dpt!! Kat UNACO, Kota Samarahan. Limited 2 pkt je la.. Nasib la aku pegi kedai ptg tadi (baru je 10 minit yg lalu), kalo tak entah sempat ke tak merasa gula tahun ni.(mcm la tahun 2010 jauh lg : ) )


Wokeh kawan2..sape2 yang tercari-cari gula tu, cepat-cepat la beli hari ni. Silap-silap gigit jari lagi la.

Dalam hati nak beli 10 pkt lagi. maksudnya aku kena tukar baju 5 kali atau pun pakai topi. Ye la.. limited 2 pkt sorg tuu. hehehe, jgn marah

Ahad, 20 Disember 2009

Gumbira dalam hampa??

ADA KE PATUT

dlm kegembiraan berjaya bid kamera (gambar) 10.35 mlm tadi, dpt plak email ni...

"....You have placed the winning bid of RM 264.00 on Item Number 50577088 : Kodak Z915 Black 10X Optical Zoom 10MP 2.5in LCD Digital Camera.However, your bid did not meet the reserve price. Therefore, the item owner is under no obligation to sell the item to you. If you like, you can contact the item owner with the contact information below to see if an agreement can be reached to purchase the item."

hampir dlm gengaman..tp boleh pakai ke deal mcm ni??? Tak patut laa...anyway aku tengah tunggu jawapan dari Seller tu. tengoklah apa akan berlaku nanti.

Gula..Ohh Gula


'Tokey..., gula ada tak?" jawapan tetap sama... "Takda, dah habis.."

Semua kedai area Samarahan aku cuba nasib, rata-rata habis stok. Then aku cuba plak kat area BDC..ambil masa 15-20 minit perjalanan, semuanya hampa. Mana nak cari nih??

Masa tu la aku baru teringat msg dr kakak aku yg diam kat Batu Kawa Jumaat lepas (17/12/2009). Aku buat tak endah je.. Ingat tak serius mcm ni.


Org ramai yang aku jumpa dari setiap kedai ke setiap kedai Everise, H&L, Unaco, Kedai2 runcit dan seangkatan dengan nya masing-masing dengan misi mencari cari GULA. Lucu gak tengok gelagat sendiri dan mereka-mereka yg senasib ngan aku nih. Aku apa lgi...Dlm boring2 tu, ambik la gambar kat kedai. sempat ambik kat 2 buah kedai... aku apa peduli, dpt gambar pun jadi lah. Hilang gak rasa hampa tahap babun aku ni.. Member pun ada cakap "ala, pakai je 3 in 1". Ok gak..Pandai-pandai la nak berhidup.. hehe.
Dah pukul 5 am. still teringatkan aktiviti semalam.. Plan asal nak celebrate 5th anniversary pd 17 Dis ditangguh pd 19 Dis. Kita celebrate kat Atmosfera Cafe utk mkn tengahari.. Aku pun 1st time try makan kat situ, member yg introducekan tempat tu (thanx Amoi). Memang puas hati gak, santai gak. Wife aku pun suka. Makanan ok, sedap...Tu pun makan dekat pukul 3..hehe. Sebelum tu aku hantar family kakak aku kat airport. Wife aku tunggu kat umah.


Lepas tu, kami singgah kat The Spring..seberang cafe tu je. dlm hujan lebat. Parking susah skit dan tak berbumbung. Penuh, tak mcm Boulevard. Tu yang aku jarang sangat nak ke Spring. Tapi kat situ memang ramai muda mudi lepak. Tambah lagi dah bukak Cineplex.. Anak aku plak heppy giler aku tengok. Hehehe..



Sebenarnya ptg semalam, ada gig kat Bt.7. "Tribute to the Abyss". Member pun ada perform... Aku tak dpt join. Biar la, aku korban kan utk tidak menghadari gig tu utk family aku. Family 1st, ada betul? Hehehe..

Oklah azan subuh dah kedengaran... Wslm