Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat tinggal 2009.

Selamat Tahun Baru 2010. Tahun 2009 tinggal kenangan... Tapi jadikan tahun tahun yang sudah sebagai panduan bagi kita melalui tahun baru dengan jayanya. Kita tak tau lagi samada langkah kita penuh berliku, onak duri, bersimpang siur mahupun umpama berenang di lautan api. Adakah kita akan berjaya meneruskan perjalanan sehingga titik terakhir di hujung tahun 2010 ini?
Jadi, kita berdoalah pada yang Maha Esa disamping berusaha dengan lebih gigih agar mencapai cita-cita yang dihajati. Rezeki takkan datang bergolek. Jangan berpegang kepada nasib sahaja. Tapi kalau sudah ditakdirkan oleh Nya, kita redha sahaja. Muhasabah diri, renungkan apa yang perlu diperbaiki. Kuatkan semangat dan jangan mudah putus asa.
Azam baru? Tak semestinya azam baru bertukar setiap tahun dan tak semestinya azam dimulakan tatkala menyambut tahun baru. Tak salah dan biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Jgn buat azam yg mustahil dicapai.. Nanti azam tinggal azam...hehehe. Apa-apa ajelah.
Ok..Selamat Tahun Baru 2010 semua.

7 ulasan:

  1. slmt thn br!!
    thn terakhir di alam persekolahan..haha

    BalasPadam
  2. Fateen
    Semoga berjaya di SPM dgn cemerlangnya.
    Score A

    BalasPadam
  3. hi, lambat kmk wish dlm blog ktk. sorry kebusyan beberapa hari tok..chat dgn ktk pun kurang. Anyway, selamat Tahun Baru 2010 Man..semoga all your wishes come true.:)

    BalasPadam
  4. Amoi
    Thanx. Yalah..bz jak awal tahun tuk. ok..ceria selalu

    BalasPadam
  5. ahaha...ada masa kelak update. tunggguu

    BalasPadam
  6. jom jooin blog ko.....
    http://www.ktlai.co.cc(versi melayu tip komputer)
    http://pengumpulblog.blogspot.com
    http://wwwkbht.blogspot.com(versi Engish Tip Computer)

    BalasPadam